RSS

January 29, 2012

:Post pertama tahun ini:

Huk, huk...I'm still alive... So many things, stories, pictures i wanna share but God knows how busy I am nowadays..
Will try to write as many as i can..(tolonglah ada kekuatan dan kerajinan..)
Gambar untuk pembukaan post pertama tahun baru ini


Zulaikha protes tak mahu pakai baju sebab mama tak kasi dia makan Pringles..



Mama dengan 2 orang budak yang menyebabkan saya merasakan diri macam Supermum
(dan kadang-kadang jadi Superdragon juga)..



Budak pertama : Annur Zulaikha, 1 tahun 8 bulan




Budak kedua : Aynur Zhafirah, 5 bulan


Ok..sekian utk post pertama tahun ni..mahu pergi tidur sudah..pukul 1.47pagi dah..mahu cepat2 tidur sebelum anak2 bangun merengek nak susu..Dapat tidur lena sekarang adalah ibarat dapat makan Lontong Klang di Kutub Utara, NIKMAT...

September 30, 2011

:Saya dah besar.. yeay!"

Pagi-pagi lagi saya kena kejut dengan mama saya..mama kejut saya sebab hari ni kami anak beranak ada appoinment dengan doctors..saya marah mama kejut saya..saya tunjuk perasaan, menangis sedu sedan..tapi mama bolayan jer saya..

Date dengan doktor saya pukul 9 pagi..mama dah set jam pun 7.00pagi..tapi macam biasalah, tindakan set jam jer lebih-lebih..bangunnya tak jugak.. (haip! tak boleh marah mama..kamu adik beradik suka buat koir secara jemaah..sorang merengek, yang satu lagi pun nak join jugak..pulak tu berebut mama..kakak zulaikha gigih memanjat dan menolak kamu untuk merampas kenikmatan tidur atas riba mama..sudahnya mama yang tak tidur..ibu mithali sungguh aku ni.).

Ok,berbalik cerita tadi..jam sudah berbunyi pukul 7 pagi tapi mama saya tak sedar langsung..pukul 8 pagi baru dia terjaga..bila dah lambat mulalah aksi buat kerja laju-laju..mula-mula mama siapkan saya..dia tukar pampers saya, salin baju saya, lap2 muka saya..eh, tak mandi ker? tak sempat mama kata..sejuklah sebenarnya..cuaca super duper sejuk..kesian kat saya mama kata..lap2 pun jadilah..nnt ptg baru kita mandi.. bila saya dah siap, mama pulak mandi siap2..bila mama dah siap, baru mama siapkan kakak zulaikha dan diaper bag yg bukan saja berisi diapers kami malahan susu, baju, topi, tisu, gula-gula dan segala macam lagi..mcm poket doraemon..mama kata kalau boleh masuk satu rumah, satu rumah dia angkut dalam bag..mama saya mmg over..

Pukul 9.15 pagi baru sampai hospital..lambat..biasalah janji melayu..walaupun berjanji dengan org Turki, konsep janji melayu tetap ditonjolkan..kui,kui,kui..sampai2 terus dapat masuk jumpa doktor..itulah gunanya ada appoinment..doktor timbang saya, ukur saya..wah, saya sudah naik 1kg dan tinggi saya dah bertambah 9cm..cepatnya saya besar,patutlah mama dah tak larat dukung saya..

see, dah besar kan saya..


baju size umur 4 bulan dah muat2 kat badan saya

Kakak zulaikha takde appoiment, tapi sebab doktor saya dan doktor dia adalah org yg sama, maka mama mintak doktor tengokkan kakak sekali.Kakak patut kena amik jab Chicken Pox masa 15bulan hari tu, tapi dah terlewat sebulan sebab mama terberanakkan saya..tapi kakak tu biasalah, drama queen..doktor baru check telinga, dia punya nangis macamkan kena potong telinga..doktor letak stethoscope kat blkg badan dia, dia punya tangisan dia mcmkan kena pelangkung kat belakang..tupun nasib baik abah dukung dia masa doktor check up kalau tak, lagi seksa..habis check up ok jer dia ketawa..dasar suka belakon kakak ni tau..

Tapi lakonannya tak lama..lepas check doktor dua-dua kami dapat hadiah tak best dari hospital..dua-dua kami kena cucuk di peha gebu. maka gegak gempita lah hospital itu dengan tangisan berirama kami..pening kejap mama dan abah..saya nangis kejap jer..kakak nangis lama..dia over..

Lepas kena cucuk, saya kena pergi buat ultrasound pulak..hip ultrasound.. Alhamdulillah, semua pun normal jer..lepas buat hip ultrasound..saya kena buat audiology test..masa tu saya dah lapar sangat..rasanya bunyi saya nangis lagi jeles kedengaran daripada bunyi yang hendak didengarkan dalam telinga saya..namun begitu, audiologist kata, pendengaran saya normal..saya pass with flying colours katanya..nanti umur saya 3 bulan ada test mata pulak..eh, banyak ye test kat sini..kalau kat Malaysia pun ada test macam ni jugak ke..dulu kakak Zulaikha pun kena buat test2 ni jugak..mmg wajib ek?

Lepas tu turn mama pulak..mama kena buat post czer check up..doktor kata semua ok..boleh cuba next baby..hahahaha acah jer..hari ni mama pun kena cucuk. Nampak gaya hari ini hari ladies of abah kena cucuk. Mama kena amik darah utk buat blood count. Esok tahu result..mintak-mintak mama saya sihat..

Eh, oklah..saya rasa saya dah lapar..saya nak buat jeritan high pitch pada mama saya supaya dia kelam kelibut angkat saya..hehehe..nanti-nanti saya rajin saya tulis lagi okeh..

See ya..

Yang benar;

Sayalah..
Aynur Zhafirah..
The bam bam jr.



September 25, 2011

: Catatan kelahiran Aynur Zhafirah:

Aynur Zhafirah,

'Cahaya kemenangan' mama dan abah. Segaja mama dan abah memilih gabungan perkataan bahasa Turki dan Arab sebagai nama kamu sebagai kenangan tempat kelahiran kamu dan tarikh kamu dilahirkan, tarikh kemenangan negara kita, Malaysia dan juga kamu dilahirkan dalam bulan kemenangan umat Islam, bulan Syawal..

Zhafirah,

Kalau mengikut jadual yang telah disediakan Dr.Sedat Comert; pakar O&G yang memantau perkembangan kamu semasa dalam kandungan mama (beliau juga doktor yang sama memantau kakak kamu Zulaikha tahun lepas), kamu dijadualkan melihat dunia pada 16 September 2011 (ya nak, hari penubuhan Malaysia) iaitu pada minggu ke 39 kamu di alam rahim..sebaik sahaja mama dan abah mengetahui kehadiran kamu pada usia kamu 8 minggu dalam perut mama, doktor telah mencadangkan supaya mama melahirkan kamu secara c-sect seperti mana kakak kamu dahulu..

kenapa c-sect?
hmmm..kata doktor kerana jarak melahirkan kakak dahulu dan kamu kurang daripada 24bulan..jarak tarikh lahir kamu dan kakak hanya 16bulan, maka doktor bimbang kalau2 uterus mama pecah a.k.a uterus rupture kalau kalau mama memilih melahirkan kamu secara keadaan semulajadi..walaupun peratusan risikonya sangat kecil, tapi kata doktor 'better avoid it'..mama sedikit kecewa pada mulanya bila mendapat tahu berita itu..tapi utk kebaikan kita bersama, mama pasrah jer lah..lagipun doktor janji nak kasi scar csect yang baru dan lebih cantik (hehehe).

Sebab lain mama disarankan menjalani repeat csect kerana Doktor juga kata mungkin uterus mama agak nipis kerana sebelum kehamilan kamu, mama telah menjalani proses D&C sebanyak 2kali. Masa tu umur kakak Zulaikha dalam 5-6bulan tak salah mama..mama sakit perut macam ada angin dan sakit itu tak hilang2 selama dua minggu..abah suruh mama check di hospital kerana bimbang kalau ada apa-apa yang tak kena dengan incision csect kakak..mama bertangguh beberapa kali..malu je beria-ria ke emergency section hospital padahal sebenarnya sakit perut masuk angin jer..tapi at last mama mengalah la..pergi check dan sonographer scan perut mama dan tetiba dia senyum2 dan kata " Congratulations..new baby is coming.."..mama terkedu kejap..tak percaya..sudah 6-7 minggu usianya masa tu..dah ada degup jantung pun..tapi dia tak lama dengan kami..masa check up minggu ke-9..semasa doktor buat rutin scan, doktor kata degup jantung baby dah takde..seperti mana mama terkejut semasa menerima berita kehadiran dia, seperti tu juga mama terkejut dengan berita kehilangannya..dan kerana itu, mama terus diarahkan buat D&C..proses D&C dilakukan dan sebaik mama sedar, mama rasa mcm kena contraction yang amat dahsyat..sakit sangat sampai mama tak tahan, panggil nurse..doktor check mama dan dia kata ada ada bleeding dalam uterus mama dan kena bersihkan, so sekali lagi mama kena jalani proses D&C..

Rezeki Allah sapa yang boleh jangka kan? 2 bulan selepas itu, mama disahkan mengandungkan kamu Aynur Zhafirah..Alhamdulillah..

Aynur Zhafirah,

Walaupun sepatutnya kamu dilahirkan pada hari penubuhan Malaysia..tapi kamu lagi excited nak keluar semasa Hari Merdeka Malaysia..mungkin mulut Tok Mama kamu masin..dia suruh kamu keluar masa Merdeka sebab 2-3 minggu sebelum tu mama sudah mula rasa BH Contraction yang lebih kuat dari sebelum2 ni..ada beberapa kali yang mama rasa mcm nak pergi jer hospital sebab tak tahan..tapi mama tahankan jugak..

Hari Raya Aidilfitri 2011, 30 Ogos 2011- kita beraya di perantauan lagi..dah 4 tahun raya abah dan mama raya kat Turki ni..tak best nak ooii..Hari Raya Pertama, mama dah start rasa sakit yang agak kuat..tapi mama tak layan sebab awal lagi..ada lagi 2 minggu lebih sebelum tarikh jadual pembedahan kamu..so, tengah hari tu kita pergi beraya di sebuah sahabat dari Malaysia. Selepas tu abah nak bawak Tok Mama kamu jalan2..so kita ke Kechioran..siap naik kabel car lagi kita Zhafira..kakak Zulaikha excited naik cabel car tu..mama pulak panik sebab cabel car tu sengaja nak stop lama2 kat atas langit tu..gayat mama..lepas kita naik cabel car, abah bawak pulak kita ke shopping complex Forum Ankara..dan masa kat situ mama dah tak tahan..sakit sangat perut mama..kamu asyik mengeras dan mama tahu itu adalah contraction..mama cuba buat tak layan lagi dengan pergi masuk ke kedai kasut dan memilih kasut idaman mama (eh, semoat lagi tu..hahaha)..tapi bila size yang mama nak takde, terus mama sakit semula..hahaha.. lepas keluar kedai kasut tu, memang mama dah tak larat.jalan sikit rasa sakit..abah ajak balik dan tanya mama nak shoot ke hospital terus ke..mama kata, kita balik rumah dulu..dan tunggu..kalau tak tahan kita baru kita pergi hospital..dan malam tu mama bertahan sehingga keesokkan harinya..

31 Ogos 2011, 2 Swayal 1432H- mama masih sakit..tapi masin boleh bertahan..cuma mama ada sedikit kerisauan sebab mama rasa pergerakan kamu agak kurang..mama suruh abah call Dr.Sedat, tapi seperti yang dah dimaklumkan, dia takde di Ankara..dia tengah bercuti dengan famly dia di luar kawasan..namun dia dah berpesan kalau ada apa2 call rakan setugas dia, Dr. Hasan Sarp Ozken..Doktor Hasan adalah doktor yang sama menyambut kelahiran kakak kamu dahulu..kesnya sama sahaja..Dr.Sedat diluar kawasan semasa itu, dan Dr.Hasan lah yang diamanahkan untuk memantau mama kalau ada apa2 kecemasan..

Selepas panggilan telefon dibuat kpd Dr.Sedat dan Dr.Hasan utk maklumkan kondisi mama, pukul 3 ptg, mama pergi ke Hospital..mama diarah naik ke Ting.4, wad bersalin dan nurse yang telah sedia menunggu terus memasangkan segala macam devices utk monitor denyutan jantung kamu dan contraction mama..dan katanya memang mama sedang contraction dan setelah dimonitor selama sejam lebih, doktor datang dan terus mengambil keputusan untuk membuat pembedahan saat itu juga..Teringat mama kata Doktor Hasan " I can't believe this..U still can't wait for Dr.Sedat..hahaha"..Kejadian tahun lepas berulang semula..

Datang pakar bius ke bilik mama bertanyakan option bius yang mama mahu..mulanya mama nak amik epidural supaya mama dan abah dapat melihat kelahiran kamu..Untuk pengetahuan kamu, dalam banyak2 prosedur pembedahan ni, yang paling mama takut adalah nak amik epidural..macam ngeri sangat..tapi Doktor tak kasi abah masuk OT kali ni..sedih..tak tahulah kenapa..so, terus mama pilih utk amik General anaesthetic, maksudnya mama 'dipengsankan' terus..mama tak nampak kelahiran kamu tapi Doktor telah merakam kelahiran kamu dalam Vcam yang abah kasi pada team pembedahan kamu..

Dalam video mama lihat kamu agak senyap selepas dilahirkan..kamu malas menangis ye..nangis sikit2 jer..mungkin kamu masih terkejut dan nafas kamu belum stabil..selepas kamu dibersihkan secara ala kadar, terus kamu dimasukkan ke dalam inkubator yang dibekalkan oksigen..

Tahun lepas, kakak Zulaikha dihantar dulu ke bilik mama dan baru mama menyusul..tapi kali ni mama yang dihantar dulu dan baru kamu menyusul.tak lama mana pun dalam setengah jam jer mama sampai dahulu, kata abah..mama masihmamai dan tak sedar kesan bius pembedahan. Yang mama sedar, ada dua org nurse gerakkan mama dan suakan kamu untuk disusukan..dan selepas itu kamu terus ditempatkan di sebelah mama..kita duduk di hospital 2 hari 3 malam..lebih pendek dari masa kakak dilahirkan dahulu..dan sepanjang mama dihospital, abah, kakak Zulaikha dan Tok Mama berkampung di bilik mama..semua tidur sini..lega mama dapat tgk kakak Zulaikha depan mata..ubat pain killer paling mujarab..hehehe

Adik Zhafirah,

Tahun lepas, selepas pembedahan kakak Zulaikha, mama memang betul2 tak tahan sakitnya..pain manager device berkali2 ditekan..tak cukup dengan itu berkali-kali mama panggil nurse untuk suntikan tambahan pain killer..itupun masih sakit..nak jalan pun tak boleh..tapi kali ni keadaannya berlainan sekali..melihatkan wajah kakak Zulaikha, Abah dan kamu, mama jadi lebih tabah..mama paksa diri mama lupakan kesakitan..malah mama cuba bangun sendiri ke tandas tanpa bantuan sesiapa (tapi bila abah nampak, dia tetap tolong mama..takut mama pengsan mcm dulu katanya)..dan ajaibnya kali ni mama terlupa nak minta suntikan pain killer tambahan walaupun berkali-kali diingatkan nurse bertugas.."kalau tak tahan, panggil kami..nanti kami beri suntikan pain killer", kata mereka dalam bahasa Turki lah..
Kali ni juga mama perasan, mereka tak pasang Urine Bag mcm tahun lepas..bagus jugak..dulu mama rasa kena trauma bladder..sakit lps mereka buang Urine Bag ni..so bila takde Urine Bag, mama 'terpaksa' lah bangun ke toilet sendiri..bagus sangat untuk excercise mama..

Selepas 2 malam di hospital, kita pun dibenarkan pulang ke rumah..alhamdulillah jaundice kamu pun very-very mild, so takde apa nak dirisaukan kata doktor..dan bila sampai rumah kamu sangat behave..tidur jer..dapatlah mama berehat dalam seminggu sebelum kembali melaksanakan rutin harian sebagai ibu dan isteri..Senang jaga kamu..sama macam kakak Zulaikha..kamu hanya tidur dan menangis bila hendak susu..

oh, ye, dengan kelahiran kamu kakak Zulaikha juga dapat berkongsi minum susu mama dengan kamu..tapi mama tak kasi kakak direct..kakak ganas sikit, takut mama. tambahan dia tengah gatal gusi nak menggigit jer..karang ada yang putus..ngeri nak ooii..so skrg, 2 botol 7oz mama pam sehari utk kakak..lebih utk kamu..kakak terpaksa stop susu mama semasa mama mengandungkan kamu sebab production sangat teruk..kakak asyik nangis lapar, so mama terpaksa kasi dia Formula milk..

Zhafirah,

Ini jer yang mama ingat nak tulis dan larat nak tulis..mama pun dah blur dan pampers kakak pun dah berat dah tu..mama nak pergi mandikan kakak dan lepas tu nak susukan kamu..mama harap kamu juga membesar dengan sihat dan jadilah anak yang solehah dan sebaik-baik manusia..

September 24, 2011

:Proud mother of two little princess:

Hari Merdeka 31 Ogos 2011, bersamaan 2 Syawal 1432H, jam 7.52 ptg saya telah selamat menambahkan bilangan ahli keluarga nucleus kami..

Alhamdulillah, semua berlaku sekelip mata dan kini saya dah pun dalam hari ke 25 pantang (walaupun taklah pantang sangat pun sebenarnya..mesti opah marah kalau tahu..sorry opah, terpaksa jadi lasak..nanti fungsi harian keluarga tak berjalan kalau duduk atas katil comel2 pakai kain batik, berpilis, bertungku dan tidur jer..sape pulak nak layan dan jaga si bambam senior tu.. )

Saya plan nak tulis kisah kelahiran anaknda kedua kami ni seperti mana saya menulis hikayat kelahiran anaknda sulung kami dahulu..perancangan nak tulis dan ada, plot penulisan dan bermain2 kat kepala (ewah, mcm penulis skrip pulak - "nantikan filem terbaru ' BERSALIN KALI KEDUA' dengan anggaran kuitpan melebihi RM50juta sekaligus melenyapkan impian tak jadi kutipan filem DR.R.om.Zey iteww)..tapi baru plan lah..nak tulis tak tahu bila..tengoklah kalau ada seru..saya mesti tulis pengalaman lahirkan adik, takde org nak baca pun mak tak kisah nokk..saya ni pelupa orangnya..at least bila dah tulis, boleh ler ingat2 balik bila terbaca semula..sekali seumur hidup experience ni..lain anak, lain pengalamannya..tak gitu?

oklah, utk permulaan..presenting..* drum roll....


*pics above taken an hour after she was born..

Aynur Zhafirah binti M.N.A
31st Aug 2011/2 Syawal 2011 @ 37weeks gestation via C-Sect
7.52pm
3.0kg
Guven Hospital, Ankara Turki


1-2 weeks after, can't remember exact date..


Kini saya telah ada dua amanah yang perlu dijaga, dipelihara dan dididik supaya menjadi sebaik2 manusia..Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh Mu

Annur Zulaikha & Aynur Zhafirah


P/s : Kakak Zulaikha masih belum geng ngan adik Zhafirah..dia masih jeles..kiss adik dia tak nak, kalau nampak saya susukan zhafirah, dia akan panjat saya jugak..atau bila dia nampak kita dukung adik, dia tak nak tgk pun kita masa tu..sob,sob..takpelah, insyaallah perlahan-perlahan saya harapkan dia dapat menerima kehadiran adik dia..


July 29, 2011

: Alang-alang mandi, biar main sungguh-sungguh sekali:

Peribahasa Zulaikha cipta..tiada kena mengena dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ya..

Sekarang adalah musim panas di Turki..bila panas, pasang kipas pun macam tak sejuk, makanya perkara paling best yang boleh dibuat adalah pergi berendam-rendam....

Hajat di hati mahu berenang-renang di swimming pool apartment tetapi apakan daya, airnya tiada..kata guard rumah, kebanyakan penghuni bersummer holiday..maka swimming pool tak beroperasi..WTFun??

Maka apa alternatif yang ada..Bandar Ankara terletak di tengah2 Turki..takde laut dik non ooii.. maka terpaksalah berenang-renang dalam tub di rumah..(sungguh tidak mengujakan bunyinya..)

Takpelah anakku, marilah kita berendam-rendam dalam bilik air sajor..

mula-mula kita main cak-cak dulu..

Ala...kantoi dah..

rain rain don't go away...

kita relaks dulu...


Zulaikha suka bilik air rumah baru ni..ada lampu lip lap lip lap..ada bubbles..ada air 'hujan'.. ada lagu boleh joget2..mandi sampai tak nak keluar-keluar.. Sekali sekala boleh lah Yang..kalau selalu pengsan bayar bil ayor nanti..

P/s : tetiba rasa, water birth kat rumah pun macam best jer kan?

July 21, 2011

:Apa-apa jelah tajuknya:

Masya Allah..banyaknya habuk....
Fuh, fuh..kibas, kibas..
Nasib baik lah tak lupa password lagi..apasal ye setiap kali pregnant, mulalah meluat nak menulis blog sendiri..baca blog orang jer lalu..
Sepanjang 'kesenyapan' saya menulis blog ni, adalah a few things perubahan yang berlaku

1. Pindah ke rumah baru..
Masih di atas langit..nak buat macam mana dik non ooi, rumah sini begitulah pesennya..semuanya atas langit..bawah tanah ada jugak..tapi tidaklah ku mahu..seriau..
rumah baru ni sedikit kecil dari yang lama tapi bangunannya lebih baru, lebih selesa dan pemandangannya kawasan sekitarnya memang menenangkan jiwa..yang paling penting dapurnya sangat kena dengan jiwaku..tak besar, tak kecik..just nice untuk kerja seharian suri rumah macam saya ni..
alhamdulillah, kejap je dah serasi dgn rumah baru ni..barang-barang pun dah 95% unpacked dan kemas..ada sikit2 lagi tapi mak buyong ni dah tak berapa larat..lagipun setiap kali mengemas, ada jer sorang assisstant tak cukup umur yang sibuk nak join 'mengemas'..kadang-kadang boleh menyebabkan saya bertukar menjadi naga..tapi tak leh keluar api..nanti terbakar anak sendiri..kesian dia..

2. Perkembangan Zulaikha
Usianya baru sahaja masuk 1tahun 2 bulan, tapi dah nak jadi kakak..rezeki kitalah sayang..nanti adalah geng kamu nak buli mama..huk, huk..

Pada usianya 1 tahun 2 bulan, Zulaikha:
  • Ada 4 batang gigi. 2 atas 2 bawah. comel tapi kena hati-hati..kalau datang angin dia, tetiba jer kita dapat cop mohor gigi dia di tubuh kita..giginya 4 batang tapi sudah berlagak membuli semua orang..hu,hu,hu..
  • 4-5 hari lepas baru belajar melangkah 1-2-3 langkah dengan sendiri..hari ni langkahnya lebih mantap.semakin laju jalannya..hebat anak mama..mula-mula risau jugak, sebab setiap kali di ajak bertatih, dia mesti nak berjengket..feeling pakai kasut high heels gitu..tapi alhamdulillah, bila melangkah sendiri, takdelah pulak feeling pakai kasut tinggi 3 inci, mungkin feeling pakai wedges atau pump shoes jer..mungkin lagi seminggu dua langkahnya lebih stabil..biasanya dia berjalan dalam keadaan separa sedar..sedang main2, lepas tu ada cerita best kat TV, lalu tanpa sedar, berjalan ke TV..takpe mula2 separa sedar..esok lusa bila dah sedar kebolehan diri, sama-samalah kita bermain kejar2 ye nak..Zuliakha kejar mama sebab mama sure tak larat kejar Zulaikha..ligat naaa..
  • Makan, minum tiada masalah..sama macam dahulu..cuma sebab makin ligat, jadi beratnya susut sikit..tinggi pun semakin menambah..abah kata dah hampir separuh badan mama dah tinggi kamu...cepatnya kami membesar sayang..(tak tahu nak sedih, atau nak gembira..dua2 mungkin)
  • Dia semakin manja dengan saya..orang kata sebab dia tahu nak dapat adik..ye ker gitu?
  • Mulutnya, Ya Ampunnnn...becok betul..dah pandai mengajuk orang cakap..gerammm jer tgk..eh, bukan geram marah lah..geram sebab rasa comel..rasa nak picit2 jer pipi dia tu..

Banyak lagi perkembangan dia..tapi rasanya tak jauh beza ngan toddler yang lain..sebagai mama yang berkepit 24/7 dengan dia, saya mengharapkan semua yang terbaik untuk dia..seperti juga ibu2 yang lain..risau juga membayangkan reaksi dia bila jadi Kak Long nanti..doa jer semua turn out to be ok..Aminnn..

3. Kisah pembuyungan ku..

Rasa sekejapan jer masa berjalan..dah 32 minggu dah sekarang..seriously, pregnant kali ni saya tak sempat nak 'melayan' sangat..tup, tup jer dah masuk 3rd trimester..Gender dah tahu, tapi biarlah kita announce sekali masa kelahirannya nanti..

Kalau dahulu masa mengandungkan Zulaikha, bolehlah nak terbaring, tido, sapu losyen semedang..tapi kali ni, dapat masuk toilet dengan tenang sekejap pun dah syukur alhamdulillah..adanya Zulaikha dan kerja2 sebagai suri rumah menyebabkan masa saya cukup occupied..kalau letih sangat, curilah nap time dengan Zulaikha time tengah hari..Zulaikha pulak tido siangnya sekejapan sahaja..45minit-1jam jer dapat.. kalau dapat lebih..memanglah nasib baik..tapi biasanya time dia tido, time tulah kita nak makan, nak sidai baju, nak lipat baju, mengemas apa yang patut..so end up, mmg badan sedikit letih tapi sebab banyak sangat benda nak buat, sampai terlupa sekejap kata ada seorang lagi manusia sedang membesar dalam perut ni..

Eh, aci tak kalau stop dulu..tetiba rasa mengantuk..tak larat nak taip dah..kalau taip jugak, mesti terbabas melalut..esok, bila dah ok semula i sambung taip ok..(tapi tak janji naaaa...)

Till then...bye2..jom tido...ZZZZzZZZZZzzzz

May 15, 2011

: Sedapnya Mama..:




Anaknda kami ni memang sangat suka explore taste buds dia..




Al-kisah, kami ke citadel membawa rakan2 yg datang dari Malaysia untuk menimati view Ankara dari puncak istana (?)..cuaca agak sejuk tapi mulut tetap nak makan ais krim..ais krim perisa lemon dan vanila with choc chips sangat mengujakan..mak budak makan bersungguh2 tanpa menyedari ada mulut kecil yg terkemam-kemam memerhatikan maknya makan ais krim..atas rasa kasihan kasilah dia mencuba..ternyata dia makan tak mahu berhenti..*pengsan.. Mujurlah masa kasi mmg nak habis dah..


Ish, Zulaikha sekarang ni pandai mengamuk kalau makanan dia habis..kadang2 masa lunch, bubur nasi yg disuap dah habis lalu saya pun berkata "Pandainya dia..dah finished dah..habis..*clap,clap*.."..reaksi dia..menangis, mengamuk sehingga terpaksa amik lagi kat dapur, tapi kalau dia kenyang sangat takdelah keluar tantrum dia tu..




Makin besar, makin banyak ragam..MAKIN MAMA SAYANG...